Maklumbalas JAS: Pencemaran sungai ladang khinzir

MAKLUMBALAS JABATAN ALAM SEKITAR BERKENAAN PENCEMARAN ALAM, TERUTAMA SUNGAI, OLEH LADANG TERNAKAN KHINZIR

29.7.2022

 

Soalan: Bolehkah sungai yang dicemar direhabilitasi?

Jawapan: Ya, boleh. Walau bagaimanapun ia perlu dibuat secara menyeluruh meliputi aspek:

(a) Perundangan

(i) Perundangan bagi kawalan pencemaran daripada operasi penternakan ladang khinzir adalah dilaksanakan mengikut Enakmen Penternakan di bawah Kerajaan Negeri sebagai contoh Enakmen Penternakan Babi (Negeri Pulau Pinang) 2016 yang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020 dan Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 yang berkuatkuasa pada 1 Mac 2020;

(ii) Perundangan bagi pembinaan bangunan seperti (kandang) dan kawalan pencemaran daripada operasi penternakan ladang khinzir seperti yang dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen Majlis Perbandaran Seberang Perai 1980 dan Akta Kerajaan Tempatan; dan

 

(b) Pelesenan dan Penguatkuasaan

(i) Tindakan pelesenan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan mengikut perundangan sedia ada oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Veterinar Negeri;

(ii) Tindakan akan diambil terhadap penternak yang gagal mengemukakan permohonan lesen dan gagal mematuhi keperluan perundangan yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 oleh Jabatan Veterinar Negeri ;

(iii) Pengecualian penguatkuasaan hanya bagi peruntukan Seksye

(iv) ang mana penguatkuasaan ditangguhkan sehingga 1 Januari 2022. Kini penangguhan juga telah dilanjutkan hingga 2023;

(v) Tindakan merobohkan ladang yang tidak mempunyai lesen dan kebenaran merancang bermula pada 1 Januari 2022;

(vi) Penguatkuasaan ke atas ladang ternakan khinzir terhadap pematuhan Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen Majlis Perbandaran Seberang Perai 1980 dan Akta Kerajaan Tempatan turut akan dilaksanakan setiap dua (2) bulan; dan

(vii) Tambahan kepada syarat lesen yang menghendaki kualiti air sisa yang dilepaskan daripada ladang ternakan khinzir turut perlu mematuhi *nilai batas parameter Ammoniakal Nitrogen. Standard sedia ada yang perlu dipatuhi adalah Keperluan Oksigen Biokimia, BOD (50mg/l), Keperluan Oksigen Kimia, COD (500 mg/l) dan Pepejal Terampai (100 mg/l).

(*Rujukan standad Ammoniakal Nitrogen adalah Enakmen LUAS Penternakan Babi 200mg/l).

*Penguatkuasaan Enakmen Babi ini telah ditangguhkan hingga 2023 – rujuk Jabatan Veternar untuk maklumat lanjut).

 

(c ) Pemantauan, Pengukuran dan Penyelenggaraan

(i) Pemantauan secara berkala oleh agensi penguatkuasa terhadap kualiti air sisa yang dilepaskan daripada semua ladang ternakan khinzir dan tindakan menggantung lesen sekiranya kualiti air sisa yang dilepaskan melebihi standard yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020;

(ii) Pemantauan pelepasan kualiti air sisa yang dilepaskan oleh setiap ladang perlu dilaksanakan dan dilaporkan oleh semua pemilik ladang ternakan setiap dua (2) bulan untuk rekod dan tindakan susulan agensi penguatkuasa. Laporan pertama sepatutnya diterima mulai 1 Mac 2021;

(iii) Pelaksanaan projek perintis pemasangan sensor NAHRIM Environmental Sensor System (NUESS) di salah satu ladang khinzir yang terpilih. Ini bertujuan untuk memantau kualiti air yang dilepaskan oleh ladang secara jarak jauh dan beroperasi selama 24 jam bagi setiap ladang. Parameter yang diukur adalah pH, Oksigen Terlarut (DO), Keperluan Oksigen Kimia (COD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Ammoniakal Nitrogen dan Jumlah Pepejal Terampai (TSS);

(iv) Rawatan air tercemar dengan air buangan ternakan khinzir ini di dalam kolam yang dibina khusus dengan menggunakan NAHRIM Enzyme (N-zyme) dan bahan flokulasi mesra alam;

(v) Pemantauan kualiti air sungai pada setiap bulan di empat (4) stesen di sepanjang sungai berkenaan;

(vi) Pelaksanaan projek infrastruktur pemulihan dan pemeliharaan kualiti air Sungai Kereh secara jangka pendek tertakluk kepada peruntukan tambahan bagi menaiktaraf struktur weir dan membuang enapan sungai di Parit Besar, Parit Kubang Menerong dan Parit Kampung Baharu bagi mengurangkan beban pencemaran sedimen kepada pencemaran sistem sungai ketika ini. Kerja-kerja membuang enapan sungai dicadangkan di tiga (3) lokasi iaitu Parit Besar Tasek Gelugor, Parit Kubang Menerong dan Parit Kampung Baharu; dan

(vii) Keperluan pelaksanaan projek infrastruktur pemulihan dan pemeliharaan kualiti air Sungai Kereh dan kerja-kerja berkaitan pada jangka masa panjang tertakluk kepada peruntukan yang disediakan.

 

(d) Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA)

(i) Pemerkasaan komuniti melalui program pembersihan, pemuliharaan, pemeliharaan serta perlindungan Sungai Kereh melalui sokongan semua agensi termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan penternak. Penglibatan rakan strategik bagi tujuan sokongan peruntukan dan dana juga perlu diberikan galakan dan pengiktirafan.

 

(e) Kajian sara diri khinzir di Pulau Pinang

(i) Kadar sara diri (Self-Sufficiency Level, SSL) pengeluaran khinzir perlu dikaji semula supaya ianya setara dengan daya tampung sungai (river carrying capacity).

 

(f) Memanfaat Fasiliti Pelupusan Sisa

Kerajaan Negeri perlu serius dalam mendesak penternak khinzir dalam mengurus sisa najis khinzir melalui kaedah  moden dan berteknologi seperti  Projek Biogas seperti yang dicadangkan di Valdor. Projek seumpama ini dapat membantu secara langsung dalam  mengurangkan impak  pencemaran alam sekitar khusus ke sungai. Pada masa yang sama  ia mendatangkan manfaat lain seperti menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan lain. Projek ini masih belum dimulakan walau pun telah mendapat kelulusan EIA pada 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *