State Forestry Departments Share Their Successes

In their own words, state forestry directors in Peninsular Malaysia tell us their major achievements in the last two decades.

IN PENINSULAR Malaysia, state governments and their agencies control forests.

About 85% of the forests are classified as permanent reserve forests and managed by state forestry departments.

For a story that examines 20 years of forest management results, we asked foresters to recount their successes (in 70 words) since 2000.

(Photo: A logging road through a forest reserve in Johor, 2020. Pic by YH Law)

Here is their full account in Malay, unedited except for paragraph formatting.

The state forestry departments of Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, and Pahang did not respond to requests for information.

Asri bin Yussoft, deputy director (Operations), Kedah State Forestry Department - 26 July 2021

Kejayaan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah di dalam pengurusan hutan antaranya ialah telah Berjaya mengekalkan keluasan hutan simpan kekal seluas 341,976 hektar, dalam masa sama juga telah Berjaya mewartakan  seluas 61,089 hektar hutan Taman Negeri serta seluas 126,546 hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan.

Melalui pematuhan terhadap  CTT yang telah ditetapkan juga sejak tahun 2000 sehingga sekarang, Jabatan Perhutanan telah Berjaya mengutip sebanyak RM 675,332,489,797.79 sebagai hasil kepada Kerajaan Negeri.

Manakala dari segi penguatkuasaan aktiviti pemantauan sentiasa dijalankan samada secara berkala atau spot selain itu jabatan telah menubuhkan pasukan penguatkuasaan di peringkat negeri dan daerah serta mengadakan Kerjasama dengan ajensi penguatkuasaan lain seperti PDRM, PERHILITAN dan PGA.

Jabatan juga telah berjaya melaksanakan banyak program restorasi, sehingga sekarang sebanyak lebih kurang 170,000 anak pokok pelbagai sepsis telah berjaya ditanam di dalam hutan simpan di negeri Kedah.

Dato’ Mohamed Zin bin Yusop, director, Perak state forestry department - 15 July 2021

Perak mencatatkan keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu seluas 987,165.55 hektar atau 46.68 peratus dari keluasan tanah negeri.

HSK Negeri Perak juga telah memenuhi piawaian Pensijilan Pengurusan Hutan di peringkat nasional dan antarabangsa yang mana sejak tahun 2002 sehingga kini pengurusan hutan di Negeri Perak telah berjaya mengekalkan Pensijilan MC&I (Hutan Asli) dan terkini dikenali sebagai Pensijilan MC&I (Sustainable Forest Management) di bawah Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) yang mendapat pengiktirafan Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC) di mana membuktikan HSK Negeri Perak telah diuruskan dengan baik melalui amalan “Best Forest Practices”.

Aktiviti pengusahasilan di Negeri Perak adalah mematuhi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang telah ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) untuk setiap tempoh lima tahun Rancangan Malaysia (RMK). Pematuhan kepada ketetapan CTT dapat memastikan pengawalan terhadap pembukaan hutan pengeluaran untuk pengusahasilan sentiasa tidak melebihi kup tahunan dan memenuhi kehendak pengurusan hutan secara berkekalan bagi menjamin sumber bekalan kayu-kayan kepada industri secara berterusan dan dalam kuantiti yang stabil.

Perak turut menerima pengiktirafan pengurusan Hutan Paya Laut Terbaik Dunia yang melibatkan Kompleks Hutan Paya Laut tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu seluas 42,216.34 hektar. Pengurusan Hutan Paya Laut Matang telah diiktiraf sebagai World Best Managed Mangrove Forest oleh para saintis dunia melalui jurnal-jurnal penyelidikan antarabangsa seperti Wetland Ecological Management, Chemosphere and Aquatic Botany.

Pengurusan hutan paya laut ini juga turut mendapat pengiktirafan Pensijilan Environmental Managemant System (EMS) pada 18 Januari 2017 sekaligus meletakkan hutan paya laut di Negeri Perak sebagai satu-satunya kawasan hutan paya laut di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Pensijilan Pengurusan Alam Sekitar.

Sejak tahun 2000 sehingga kini, Perak juga mempunyai kawasan Hutan Perlindungan Tadahan Air tertinggi di negara ini dengan pertambahan keluasan sebanyak 54 peratus berbanding keluasan terdahulu pada tahun 2007 sebanyak 159,866 hektar kepada 295,401 hektar.

Syed Mohd Adzha bin Syed Khalid, senior assistant director, Selangor state forestry department - 22 July 2021

Secara umumnya, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berperanan dalam menguruskan kawasan hutan yang diwartakan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

Dalam hubungan ini, konsep pengurusan hutan yang diamalkan adalah berdasarkan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan selaras dengan objektif dan matlamat Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia 2021.

Konsep pengurusan ini memberi penekanan ke atas aspek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan supaya ianya dapat memberi sumbangan kepada keseimbangan ekonomi, sosial dan alam sekitar dan seterusnya mencapai hala tuju ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Sustainable Development Goals (SDGs).

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah berjaya memperolehi pelbagai pencapaian dalam aspek pengurusan hutan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Di antara pencapaian kejayaan tersebut adalah seperti berikut:

1. Mengekalkan dan meningkatkan keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Selangor selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia 2020. Keluasan HSK di negeri Selangor telah meningkat di mana pada tahun 2015 berjumlah 250,128.83ha dan kini berjumlah 250, 207.39 ha @ 31.6 peratus keluasan HSK daripada keluasan tanah negeri pada masa kini;

2. Meminda Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 dengan memastikan semua pengeluaran Hutan Simpanan Kekal perlu melalui Kaedah Penyiasatan Awam terlebih dahulu pada tahun 2011. Sebagai makluman, negeri Selangor adalah merupakan negeri pertama dan satu-satunya negeri di Malaysia yang telah menguatkuasakan Kaedah Penyiasatan Awam sebagai syarat di dalam proses penyahwartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK);

3. Mewartakan kelas hutan perlindungan iaitu sejumlah 44,543 ha kawasan HSK sebagai kelas hutan tadahan air pada tahun 2010, sejumlah 93,001.84 ha sebagai kelas hutan taman negeri pada tahun 2007 dan 2010 dan sejumlah 6,850.87 ha sebagai kelas hutan perlindungan hidupan liar.

4. Memperolehi sijil pengurusan hutan di bawah Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I) dan mengekalkan pencapaian ‘zero CARs’ selama 9 tahun secara berturut-turut sejak tahun 2012;

5. Memperkasakan aktiviti eko-pelancongan dan menguruskan kawasan-kawasan Taman Eko-Rimba dan Taman Negeri Selangor;

6. Memperkenalkan dan mengamalkan Dasar Moratorium (Pembekuan) Ke Atas Pembalakan selama tempoh 25 tahun melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan hutan Tanah Kerajaan sejak tahun 2010;

7. Memperolehi pengikitirafan Ratu Elizabeth di bawah Inisiatif The Queens Commonwealth Canopy (QCC) pada tahun 2017 dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor. Dalam hubungan ini, satu acara simbolik persinggahan baton obor Sukan Komanwel 2018 telah dianjurkan di Hutan Simpan Raja Musa pada 18 Oktober 2017;

8. Menyumbang kepada hasil negeri melalui kutipan hasil hutan dan lain-lain caj yang berkaitan. Sejak 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM466,692,626.31;

9. Mendapat sokongan yang amat tinggi daripada Institusi Di Raja Negeri Selangor melalui penganjuran Program Penanaman Pokok Bersama DYMM Sultan Selangor sejak tahun 2017 dan Ekspedisi Saintifik Di Raja Taman Negeri Selangor pada tahun 2019 di Hulu Selangor;

10. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan di kawasan-kawasan hutan simpanan kekal yang mengalami degradasi atau kemerosotan. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah program restorasi, program penanman pokok di pesisiran pantai, program kesedaran awam dan sebagainya. Dalam tempoh 5 tahun ini, sejumlah 413,860 anak pokok telah berjaya ditanam melibatkan kawasan seluas 902ha;

11. Pada masa kini, inisiatif Program Penghijauan Malaysia telah dilancarkan melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025. Pelancaran program ini juga telah berlangsung di negeri Selangor pada 4 Januari 2021 yang lalu. Kerajaan Negeri Selangor telah menyatakan komitmen untuk menetapkan matlamat menanam sebanyak 2 juta pokok setahun bagi menyokong program penghijauan ini;

12. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah berjaya menyediakan Rancangan Pengurusan Central Forest Spine (CFS) Negeri Selangor bagi tempoh 2020-2029. Penyediaan Rancangan Pengurusan CFS ini adalah menyokong pelaksanaan Pelan Induk Central Forest Spine dan Rancangan Fizikal Negara (RFN). Pada masa kini, negeri Selangor hanya terlibat dengan salah satu koridor ekologi Secondary Linkages (SL) sahaja iaitu BSL1: HS Raja Musa – HS Bukit Tarek – HS Gading;dan

13. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor juga memberi sokongan penuh ke atas usaha memperkasa hutan melalui aktiviti-aktiviti penguatkuasaan. Tumpuan utama diberikan ke atas kawasan-kawasan penerokaan haram yang berlaku di dalam HSK. Pada tahun 2020, sebanyak 47 kes kesalahan hutan telah direkodkan dan RM183,100.00 kompaun telah dikenakan. Elemen penguatkuasan hutan amat penting dalam mencegah kehilangan hasil negeri yang amat bernilai tinggi. Penguatkuasaan hutan di Selangor merangkumi aktiviti pemantauan hutan di darat, air dan udara. Justeru, ia turut dilaksanakan melalui kerjasama secara bersepadu melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti APMM, PDRM, BOMBA dan lain-lain termasuklah komuniti yang prihatin.

Melalui usaha dan inisiatif pemuliharaan hutan yang dijalankan, komitmen dan keprihatinan yang amat tinggi telah dizahirkan dalam usaha mengekalkan dan meningkatkan peratusan HSK di Selangor. Tanggungjawab dan kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam memastikan segala pelaksanaan usaha dan inisiatif yang dirancang berupaya memberi impak yang tinggi ke arah matlamat Selangor yang berdaya huni, sejahtera dan lestari.

 

Azni Rahman bin A. Wahid, deputy director, Terengganu state forestry department - 25 July 2021

Kejayaan Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Terengganu dalam pengurusan hutan sejak tahun 2000 adalah berjaya mengekalkan dan memperolehi Sijil Pengurusan Hutan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) yang dikendalikan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC).

Selain itu, JPN Terengganu turut memperolehi Sijil MS ISO 9001 : 2008 (Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal.

Pada masa kini mulai 1 Januari 2021, JPN Terengganu komited dalam melaksanakan Pensijilan MS ISO 9001:2015 dengan skop Pengurusan Kayu Bulat Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal (HSK).

 

2 thoughts on “State Forestry Departments Share Their Successes”

  1. RM675,332,489,797.79 collected for the the kedah state government from 2000 till 2021? that’s RM32billion per year!? unbelievable! do they know how enormous the amount is for kedah? if true, one does wonder where did all that money go? although i doubt the amount is correct.
    they gazetted 61,000ha as state park? no one really knows where exactly this state park is. its probably a park on paper only. no management nor are there any sort of planning for its management.

    1. Hi Hymeir, thanks for reading. I noted the (huge) difference between their figures and what I found, but we opted to republish their statements as is without any editing or asking for explanation.

      I will send them a quick note and ask if they wish to respond to your query.

Leave a Reply

Your email address will not be published.