珊瑚、红树林和海草共同构成了坚固的天然堡垒,抵御风暴潮和海平面上升等气候变化的影响。 这个生态系统应该共同保护。 本文于 2023 年 6 月首次以英文发表,是我们的 #SeaWorld 系列的一部分。
第1部分: 大自然的堡垒——抵御风暴的关键
第2部分: 紧急寻找马来西亚的超级珊瑚
珊瑚、红树林和海草共同构成了坚固的天然堡垒,抵御风暴潮和海平面上升等气候变化的影响。 这个生态系统应该共同保护。 本文于 2023 年 6 月首次以英文发表,是我们的 #SeaWorld 系列的一部分。
第1部分: 大自然的堡垒——抵御风暴的关键
第2部分: 紧急寻找马来西亚的超级珊瑚
Karang, bakau dan rumput laut, bersama-sama, membentuk benteng semula jadi yang kukuh untuk mengharungi impak perubahan iklim seperti pusuan ribut dan kenaikan paras laut. Ekosistem ini sewajarnya dilindungi bersama. Artikel ini pertama sekali diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada Jun 2023 dan adalah sebahagian daripada siri #SeaWorld kami.
Syarikat YP Olio Sdn Bhd baru menerima kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk menebang kawasan hutan 8,498 ha untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Tapak itu terletak dalam kompleks hutan Chini-Bera, Pahang, sebuah hutan asli yang cukup kaya dengan kepelbagaian biologi dan nilai-nilai ekologi. Terdapat juga dua kampung Orang Asli dalam tapak projek yang menuntut kawasan itu sebagai tanah adat mereka.
Siasatan Macaranga mendapati bahawa projek ini membawa manfaat besar kepada pihak pemaju, manakala pihak kerajaan dan masyarakat menanggung kos yang tinggi. Tambahan pula, kemusnahan hutan itu akan menjejas populasi harimau Malaya yang sudahpun hampir pupus.
Apakah kesan projek tersebut ke atas reputasi kemampanan industri kelapa sawit di Malaysia? Apakah pilihan paling wajar bagi pihak kerajaan Pahang dan pemaju?
Bahagian 1: Menebang Hutan Demi Kelapa Sawit Yang Takkan Terjual
Bahagian 2: Biarpun Sudah Berjanji, Habitat Harimau di Pahang Tetap Dimusnahkan
Bahagian 3: Orang Asli Menolak Tawaran Rumah Baharu Untuk Hutan
Syarikat AA Sawit Sdn Bhd ingin membangunkan ladang kelapa sawit and kelapa seluas 3,775 ha di Endau, Johor. Ia telah menyerahkan laporan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar pada bulan Jun/Julai 2022.
Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sesuatu projek sebesar ini wajib mendapat kelulusan laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum ia boleh bermula.
Namun, imej satelit memberi gambaran yang bertentangan: Pada 2020 dan 2021, pengusaha telah menebang hutan di tapak dan menggali parit pengairan.
Tambahan pula, pembangunan ladang kelapa sawit sudah menyebabkan pelbagai masalah alam sekitar. Namun, adakah penduduk Kampung Labong di sebelah tapak projek AA Sawit mampu menolak ladang-ladang besar yang akan datang?
Sejak 2007, pembangunan pesat ladang hutan di hutan simpan telah menjadi salah satu pemacu utama kehilangan hutan di Semenanjung Malaysia. Pembangunan ladang menebas hutan asli dan menanam semula dengan sejenis species pokok cepat tumbuh.
Ladang hutan disebut-sebut sebagai cara lebih berkesan menghasilkan kuantiti besar kayu. Jelas lihat sokongan kuat kerajaan persekutuan dan negeri membangunkan ladang hutan, dengan memberikan pinjaman mudah dan hak guna tanah kepada pengusaha swasta.
Namun, 15 tahun kemudian, apakah hasil pencapaian ladang hutan? Adakah ia menunjukkan tanda-tanda pembangunan mampan? Itulah tumpuan siasatan Macaranga setahun sejak Mac 2021. Penemuan kami diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada Februari 2022 dan kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.
Tebang, Tarah, Tebas: Perginya Hutan Besar
Bagaimana penyahwartaan terbesar hutan dalam tempoh dua dekad mengubah alam sekitar, ekonomi dan komuniti
Penerbit/Penulis: YH Law
Penterjemah: Adriana Nordin Manan
Penyunting: SL Wong
Diterbitkan dengan kolaborasi Rainforest Investigations Network, Pulitzer Center
Tarikh diterbitkan: 22 April 2022
(Hutan ditebang untuk ladang kelapa sawit di Jemaluang, Johor | Video oleh IMR Kreatif)