Tag Archives: human rights

Menghormati dan Bekerjasama dengan Orang Asal yang Berpindah

Wong Pui May berkongsi pengalaman Tok Batin Mohammad bin Pokok di Bengkel Dana +20, Jordan. Tok Batin Batek dari Kelantan menambah suaranya kepada seruan antarabangsa untuk bekerjasama dengan ahli komuniti dalam hal berkenaan pemuliharaan dan pembangunan.

Dunia kita kini menghadapi pelbagai ancaman, termasuk perubahan iklim dan kemusnahan alam semula jadi yang mengugat jaminan makanan, merosakkan harta benda dan membahayakan nyawa.

Terdapat banyak yang dapat dipelajari daripada cara hidup Orang Asal yang telah diamalkan secara turun-temurun yang dapat meningkatkan daya tahan alam semula jadi melalui pengurusan tanah dan air yang berkesan.

Inilah pesanan peserta dalam perbincangan antarabangsa yang diadakan pada September lalu, 20 tahun selepas Pengisytiharan Dana, di Rizab Alam Semula Jadi Wadi Dana, Jordan.

(Gambar: Tok Batin Mohammad bin Pokok [tengah] berbincang dengan peserta-peserta Bengkel Dana +20 di Jordan September lalu. |  Gambar oleh Wong Pui May)

Continue reading Menghormati dan Bekerjasama dengan Orang Asal yang Berpindah