Tiga Cerita Tentang Tanah dan air

TANAH AIR, gelaran bumi pertiwi dalam Bahasa Melayu, terdiri daripada perkataan ‘tanah’ dan ‘air’, masing-masing melambangkan tempat asal dan sumber. Tanah dan air menyumbang kepada kesinambungan manusia.

Di tanah air pula, kita saling bertaut dengan pelbagai cara: sebagai negara dan warganegara, melalui wadah nyata dan bayangan, dan di himpunan kolektif serta perkongsian dari individu ke individu.

Namun, hakikatnya kekal bahawa tanah dan air ditadbir oleh pihak berkuasa negara. Di kala bencana, ribut badai dan perubahan, adakah sistem tadbir urus kita cukup teguh?

Setiap keputusan yang diambil mengedepankan kepentingan siapa? Apa ciri yang berfungsi, dan apa pula yang menggagalkan?

Di 3 kisah yang dikongsi, Projek Khas ini meneliti bagaimana sistem tadbir urus di Malaysia meninggalkan impak ke atas manusia dan alam sekitar, selain isu dan tindakan yang berkenaan. Semua kisah berakhir dengan pertanyaan: adakah penyelesaian yang digunapakai berkesan?

Iklim

Kami mendalami isu berkenaan periuk nasi Malaysia dan  penghasilan makanan ruji yang dinikmati segenap lapisan masyarakat di negara ini. Tanah dan air menyediakan sumber makanan. Namun, tindakan kolektif yang menggoyahkan keseimbangan iklim semakin membahayakan kebolehan manusia dan alam untuk meneruskan amalan ini. Suhu yang meningkat dan cuaca ekstrim memburukkan kekangan sedia ada pada sistem bekalan makanan di kala Covid-19, serangan di Ukraine, ketidakstabilan politik dan inflasi sedunia.

Ekosistem

Kami meneliti impak ke atas ekosistem pesisir pantai apabila pihak berkuasa menjalankan reklamasi pantai. Kelompok habitat ini sering dikesampingkan dalam perhatian umum yang lebih mengutamakan topik penebangan hutan yang tidak lestari dan kemusnahan yang disebabkan kepada ekologi kawasan pedalaman. Namun, ekosistem pesisir pantai merupakan mozek tanah dan air yang menstabilkan garis laut, menjadi habitat hidupan agam mahupun kerdil, menyediakan bahan makanan serta mententeramkan hati dan nurani. Apakah manfaat dan impak negatif reklamasi ke atas ekosistem ini?

Pencemaran

Kami mengkaji bahan buangan dari perspektif daratan terkecil: pulau. Kita mungkin mahir mencipta dan menghasilkan dengan menggunakan tanah dan air, tetapi mampukah tanah dan air menerima kembali sisa peninggalan kita? Sesungguhnya, segala apa yang dibuang meninggalkan kesan luarbiasa besar dan juga kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia melingkar liar di sekeliling alam sekitar dan semua struktur binaan, terbenam di dasar tanah dan perairan, meresap ke bawah, memasuki tubuh manusia. Ini boleh melangkaui kebolehan kita untuk membayangkannya, serta kemampuan manusia dan alam sekitar untuk kekal tegar.

Tentang projek

Kami mereka Projek Khas #TanahAir Macaranga supaya bermula dengan fasa latihan dan disusuli sesi mentor yang mengiringi para penulis sambil mereka menyiapkan makalah masing-masing dan menghasilkan visual dampingan.

Ketika memilih isu liputan, kami merujuk pengetahuan dan pengalaman sendiri, selain bertanya barisan pakar yang terdiri daripada pengkaji akademik, pakar sains dan penggubal dasar, Tentunya, isu yang berkaitan begitu banyak, dan semuanya memerlukan perhatian segera, tetapi kami akhirnya memilih 3 isu rencam yang relevan di zaman ini.

Dalam itu, kami juga ingin mendengar pendapat anda. Anda dipersilakan menjawab kuiz di permulaan setiap makalah, dan di penghujung pula, sila beritahu kami apa yang anda akan lakukan jika diberi kuasa untuk bertindak.

Setiap kisah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

[Diterjemah oleh Adriana Nordin Manan; Foto Projek oleh Lee Kwai Han]

Penerbit Siri: SL Wong

Pengarang: Law Yao Hua dan Masjalizah Hamzah

Penulis: Lee Kwai Han, Ashley Yeong dan Ushar Daniele

Penterjemah: Adriana Nordin Manan dan Mun Yee San & team

#TanahAir, Projek Khas Macaranga disokong oleh The Habitat Foundation, penyokong Macaranga 2022 dan Anugerah Wartawan Muda 2022 Said Zahari untuk Law Yao Hua.

Diterbit: September 27, 2022

(Photos: Lee Kwai Han)

Nasi ialah makanan ruji, tetapi kepanasan melampau, angin kencang dan banjir akibat perubahan iklim menjejaskan pengeluaran beras dan meresahkan golongan pesawah.

Baca: Krisis Iklim Menyebabkan Porak Peranda dalam Periuk Nasi

Jawablah soalan quiz ini; kuiz penuh dalam cerita. Pada penghujung cerita, isikan tinjauan pendapat untuk mengongsi apa yang anda akan buat tentang isu ini kalau anda mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu.

(Photos: Lee Kwai Han)

Penebangan hutan sering dianggap ancaman terbesar kepada ekosistem di Malaysia, tetapi reklamasi tanah turut berbahaya, meskipun dalam diam.

Baca Reklamasi: Gerbang kepada Bencana Ekologi

Jawablah soalan quiz ini; kuiz penuh dalam cerita. Pada penghujung cerita, isikan tinjauan pendapat untuk mengongsi apa yang anda akan buat tentang isu ini kalau anda mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu.

Large swaths of sand from previous reclamation projects around Klebang, Melaka. (Ashley Yeong)
(Foto: Ushar Daniele)

Ditimbuni sampah yang tidak diurus dengan baik, pulau di Malaysia memberi amaran tentang tahap pencemaran di dalam negara.

Baca: Pulau Sampah Petanda Malaysia Tercemar

Jawablah soalan quiz ini; kuiz penuh dalam cerita. Pada penghujung cerita, isikan tinjauan pendapat untuk mengongsi apa yang anda akan buat tentang isu ini kalau anda mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu.

Disokong oleh:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email
Comments are welcomed but shall be moderated. Do not use language that is foul, slanderous, violent or that may violate laws. Personal attacks will not be tolerated.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Be A Macaranga Supporter

Like our stories?

You can help us do more.
Sign up to be a Macaranga Supporter by 21 Aug for extra goodies!